Friday, October 14, 2011

Pilih yang Mudah dan Tinggalkan yang susah


Bismillahirrahmannirrahim

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah:26)


Diriwayatkan daripadaAbu Hurairah r.a bahawa Abdul Rahman bin Shakhr r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Apa pun yang saya larang kamu lakukan, maka jauhilah; dan apa pun yang saya perintahkan kamu lakukan, maka kerjakanlah sekadar kemampuan. Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adlah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka (tidak taat dan patuh).
[Riwayat al-Bukhari, no. 6777 dan Muslim, no. 1337]


Hadis ini terdapat dalam Kitab Muslim daripada Abu Hurairah, dia berkata: 'Wahai manusia, Allah telah mewajibkan kepada kamu haji,kerana itu berhajilah.'

Al-Aqra' bin Habis r.a. bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah setiap tahun?' Baginda diam, sampai al-Aqra', bertanya tiga kali, lalu Nabi SAW menjawab: 'Kalau akuk katakan ya, nescaya menjadi wajib sedangkan kamu tidak sanggup melakukannya.'

Kemudian Baginda bersabda: 'Biarlah aku dengan apa yang aku diamkan, kerana kehancuran umat-umat sebelum kamu adlah kerana banyak bertanya dan embangkang nabi-nabi mereka. Maka jika aku perintahkan melakukan sesuatu, kerjakanlah menurut kemampuan kamu, tetapi jika aku melarang kamu melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah.'


Dari Buku: HADIS 40 IMAM NAWAWI (Bergambar dan Grafik Warna Penuh)
Penulis: Zahazan Mohamed dan Muhammad Zakaria
Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd
Harga: RM23.00

Alhamdulillah..........








Monday, September 12, 2011

DOA ABU ZAR al-GHIFARI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
SERTA SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW



DOA ABU ZAR al-GHIFARI


Allhumma inni as aluka imanan daiman. Wa as aluka qalban khasyi'an. Wa as aluka'ilman nafi'an. Wa as aluka yaqinan sodiqan. Wa as aluka dinan qayiman. Wa as aluka 'afiyah min kulli baliyah. Wa as aluka tamamal'afiyah. Wa as aluka dawamal'afiyah. Wa as aluka syukra 'alal'afiyah. Wa as aluka ghaniya 'aninnas.

Maksudnya: Ya Allah aku memohon kepada-Mu iman yang berkekalan. Ya Allah aku memohon kepada-Mu hati yang khusyuk. Ya Allah aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat. Ya Allah aku memohon kepada-Mu keyakinan yang sebenar. Ya Allah aku memohon kepada-Mu agama yang lurus. Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan daripada setiap bala bencana. Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan sepenuhnya. Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan yang berkekalan. Ya Allah aku memohon kepada-Mu anugerah sentiasa bersyukur atas nikmat keselamatan. Ya Allah aku memohon kepada-Mu memadai dengan apa yang ada daripada mengharapkan bantuan manusia.


Abu Zar al-Ghifari r.a adalah seorang sahabat yang terkenal di alam malaikat kerana doanya yang tersendiri.

Popularitinya di alam langit melebihi popularitinya di bumi. Hal ini dijelaskan sendiri oleh Jibril a.s. kepada Rasulullah SAW. Lantas Rasulullah SAW bertanyakan kepada Abu Zar tentang rahsia popularitinya.

Lalu Abu Zar menyatakan bahawa beliau sentiasa berdoa dengan sepuluh ungkapan yang diilhamkan oleh ALLAH kepadanya dua kali sehari.

Dengan menghadap kiblat, beliau bertasbih beberapa kali, bertakbir seterusnya berdoa dengan doa ini. (Al-Minsyawi. Mafatih al-Faraji 94-95)



MEMBELI SAMBIL BERAMAL : Buku ini diterbitkan dengan tujuan untuk mengumpul Dana Pembangunan dan Dana Pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. Mana-mana individu atau organisasi yang ingin memberi sumbangan, sila hubungi Telefon/ Faks: 09 7905477, 019 9394185.
No. Akaun BIMB Cawangan Pasir Mas: 03027010014625


Nama Buku: WIRID ULAMA MUKTABAR, Hizbu al-Bahri, Hizbu an-Nawawi, al-Ma'thurat dan Doa Munajat.
Terjemahan: Muhamad Rifqi Myiddin dan Muhammad Subki Abdul Rahman al-Hafiz
Kata Aluan: Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd
Harga: RM 12.00


Alhamdulillah...........

Thursday, August 25, 2011

Doa Rabithah




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA PENYAYANG,
SELAWAT SERTA SALAM KE ATAS JUNJUNG NABI MUHAMMAD SAW








Sabda Rasulullah SAW:

"Janganlah merntasi lautan kecuali kerana hendak pergi menunaikan haji atau umrah dan berperang di jalan ALLAH SWT, kerana sesungguhnya di bawah lautan itu Neraka dan di bawah Neraka ada laut lagi"

(Riwayat Abu Dawud)


Tuesday, June 14, 2011

PENCIPTAAN ADAM (AS)- Dari tanah kering seperti tembikar.


BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIM

HADIS TENTANG PENCIPTAAN ADAM (AS)

Imam Ahmad mengatakan bahawa yahya dan Muhammad meriwayatkan kepadanya dari Auf dari Qusamah bin Zuhair dari Abu Musa dari Nabi (saw). Baginda bersabda: "Allah menciptakan Adam berasal dari segenggam tanah dari segala unsur. Kerana itu anak cucu Adam lahir sesuai dengan warna tanah. Di antara mereka ada yang berwarna (kulit) putih, merah, hitam dan sebagainya. Ada pula yang buruk yang sedih dan seterusnya." Hadis senada diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan At-Tarmizi.

As-Suda meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud dn beberapa orang dari sahabat Nabi (saw). Mereka mengatakan: "Maka Allah mengutuskan malaikat Jibril turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya. Bumi berkata: "Aku berlindung kepada Allah dari keinginanmu untuk mengurangi diriku atau mencela aku." Jibril kembali tanpa membawa hasil. Beliau berkata: "Wahai Tuhan, bumi memohon perlindungan-Mu, maka aku pun melindunginya."

Allah mengutus Mikail. Tiba di bumi, ia memohon perlindungan, maka beliau memberikan perlindungan. Mikail kembali menghadap Tuhan seraya melaporkan seperti yang dikatakan Jibril. Kemudian Allah mengutuskan Izrail. Tiba di bumi ia memohon perlindungan. Tetapi Izrail menjawab: "Aku juga berlindung kepada Allah untuk kembali tanpa membawa hasil." Dengan tindakan tegas, Izrail meraup tanah lalu mencampurnya. Beliau tidak mengambil tanah dari satu tempat sahaja. Beliau mengambil tanah berwarna putih, merah dan hitam. Dari situ maka anak cucu Adam lahir dengan warna (kulit) yang berbeza-beza.

Izrail segera naik lalu membasahi tanah itu sehingga kembali menjadi lumpur (tanah yang lunak dan lekat). Kemudian Allah (swt) berkata kepada para malaikat: "Aku akan menciptakan seorang lelaki yang berasal dari tanah lumpur ini. Maka apabila Aku telah menyempurnakannya dan menitipkan roh-Ku ke dalam dirinya, tunduklah kamu semua seraya bersujud."(Surah Sod, ayat 71-72).

Allah (swt) menciptakan Adam menggunakan tangan-Nya sendiri supaya iblis tidak sombong kepadanya. Allah (swt) menciptakan Adam sebagai makhluk dari jenis lelaki. Makhluk ciptaan ini menjadi jasad dari tanah dalam waktu 40 tahun dihitung sejak hari Jumaat.

Ketika para malaikat melewatinya, mereka menjadi terkejut. Lebih-lebih lagi Iblis, dia terperanjat sekali apabila melihat makhluk baru ini. Sewaktu Iblis melewatinya, dia cuba memukulnya. Jasad yang dipukul tadi berbunyi seperti yang ditimbulkan oleh tembikar. Kerana itu ketika Allah (swt) berfirman:..."dari tanah kering seperti tembikar," (Surah Ar-Rahman: ayat 14), Allah (swt) berkata: "Yang Aku ciptakan untuk suatu urusan. Ia masuk dari lubang mulutnya dan keluar dari duburnya." Allah (swt) berkata kepada para malaikat: " Kamu jangan takut terhadap makhluk ini. Kerana Tuhanmu adalah Zat As-Shamad dan ini adalah makhluk yang berongga. Kalaupun Aku memberi kekuasaan kepadanya, tentu Aku juga yang membinasakannya."

Apabila waktu yang ditentukan telah tiba, maka Allah (swt) bermaksud meniupkan roh pada makhluk ciptaan-Nya itu. Allah (swt) berfirman kepadapara malaikat: "Apabila Aku telah meniupkan roh-Ku ke dalam dirinya maka bersujudlah kamu." Ketika Allah meniupkan roh ke dalam dirinya, maka roh itu masuk melalui kepalanya. Tiba-tiba dia bersin. Para malaikat berkata: "Ucapkan Alhamdulillah." Allah (swt) berkata kepadanya: "Rahimaka rabbuk (semoga Tuhanmu melimpahkan rahmat kepadamu)." Ketika roh masuk melalui kedua matanya, dia memandang kepada buah-buahan syurga. Apabila roh masuk ke rongga perutnya, tiba-tiba dia ingin makan. Belum sampai roh masuk mencapai kedua kakinya, mendadak dia telah melompat ke arah buah-buahan di syurga.

Hal itu bersamaan ketika Allah (swt) berfirman: "Manusia diciptakan (dengan tabiat) tergesa-gesa." (Surah Al-Anbiya: ayat 37). Setelah sempurna : "Maka baru malaikat bersujud semuanya. Kecuali Iblis. Dia menolak daripada bersujud bersama para malaikat yang bersujud." (Surah Al-Hijr: ayat 30-31).


from book: KISAH PARA NABI (Teladan Bagi Orang Berakal), Karya Asal Qishashul Anbiyaa' Ibratun li-Ulil Albaab.
By: Abul Fidaa' Bin Katsir Al-Quraisy (Ibnu Katsir)
Translated by: Asmaji Aes Muhtar

Alhamdulillah................



Friday, June 10, 2011

ADAB KEPADA AL-QURAN




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI





Diriwayatkan daripada Nabi saw, bahawa Baginda bersabda:

Maksudnya: "Bersikaplah lemah lembut kepada orang yang kamu ajari dan guru yang mengajari kamu".



Adab kepada Al-Quran oleh Imam Nawawi.
Alhamdulillah.......