Monday, September 12, 2011

DOA ABU ZAR al-GHIFARI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
SERTA SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW



DOA ABU ZAR al-GHIFARI


Allhumma inni as aluka imanan daiman. Wa as aluka qalban khasyi'an. Wa as aluka'ilman nafi'an. Wa as aluka yaqinan sodiqan. Wa as aluka dinan qayiman. Wa as aluka 'afiyah min kulli baliyah. Wa as aluka tamamal'afiyah. Wa as aluka dawamal'afiyah. Wa as aluka syukra 'alal'afiyah. Wa as aluka ghaniya 'aninnas.

Maksudnya: Ya Allah aku memohon kepada-Mu iman yang berkekalan. Ya Allah aku memohon kepada-Mu hati yang khusyuk. Ya Allah aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat. Ya Allah aku memohon kepada-Mu keyakinan yang sebenar. Ya Allah aku memohon kepada-Mu agama yang lurus. Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan daripada setiap bala bencana. Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan sepenuhnya. Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan yang berkekalan. Ya Allah aku memohon kepada-Mu anugerah sentiasa bersyukur atas nikmat keselamatan. Ya Allah aku memohon kepada-Mu memadai dengan apa yang ada daripada mengharapkan bantuan manusia.


Abu Zar al-Ghifari r.a adalah seorang sahabat yang terkenal di alam malaikat kerana doanya yang tersendiri.

Popularitinya di alam langit melebihi popularitinya di bumi. Hal ini dijelaskan sendiri oleh Jibril a.s. kepada Rasulullah SAW. Lantas Rasulullah SAW bertanyakan kepada Abu Zar tentang rahsia popularitinya.

Lalu Abu Zar menyatakan bahawa beliau sentiasa berdoa dengan sepuluh ungkapan yang diilhamkan oleh ALLAH kepadanya dua kali sehari.

Dengan menghadap kiblat, beliau bertasbih beberapa kali, bertakbir seterusnya berdoa dengan doa ini. (Al-Minsyawi. Mafatih al-Faraji 94-95)



MEMBELI SAMBIL BERAMAL : Buku ini diterbitkan dengan tujuan untuk mengumpul Dana Pembangunan dan Dana Pembinaan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. Mana-mana individu atau organisasi yang ingin memberi sumbangan, sila hubungi Telefon/ Faks: 09 7905477, 019 9394185.
No. Akaun BIMB Cawangan Pasir Mas: 03027010014625


Nama Buku: WIRID ULAMA MUKTABAR, Hizbu al-Bahri, Hizbu an-Nawawi, al-Ma'thurat dan Doa Munajat.
Terjemahan: Muhamad Rifqi Myiddin dan Muhammad Subki Abdul Rahman al-Hafiz
Kata Aluan: Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd
Harga: RM 12.00


Alhamdulillah...........

2 comments: