IN THE NAME OF ALLAH, THE COMPASSIONATE,
THE MOST MERCIFUL
Allah and His Angels send blessings on the Prophet, O you who believe! send your blessings on him, and salute him with all respect ( al-Ahzab 33:56)
O Allah, send blessings upon Muhammad, and his family, as You blessed Ibrahim and the family of Ibrahim, you art indeed Praiseworthy and Glorious
Al-Fudhail B. 'IYaadh dan anaknya 'Ali
Muhammad B. Naajiyah pula menceritakan:
"Saya telah bersembahyang di belakang Al-Fudhail, maka beliau membacakan surah Al-Haaqqah (Hari Kiamat). Maka di kala sampai pada firman Allah Ta'ala:
"Tangkaplah dia lalu belenggukan tangannya ke lehernya." (Al-Haaqqah:30)
Beliau tertangis dan anaknya 'Ali turut tersungkur pengsan. (Ruju: Siyar A'laam An-Nubalaa' (8:444))
Di samping itu Bakr B. 'Iyaasy memberitakan: "Saya telah bersalat Maghrib di belakang Al-Fudhail; sedang anaknya 'Ali berada di samping saya. Beliau membacakan surah At-Takaathur. Maka di kala beliau membacakan ayat:
"Nanti benar-benar kamu akan melihat Neraka Jahiim."
(At-Takaathur: 6)
Tiba-tiba Fudhail tersembam dalam keadaan pengsan.
Abu Sulaiman Ad-Daaraani pula berkata: ''Ali b. Al-Fudhail tidaklah sanggup membacakan surah Al-Qaari'ah dan surah ini tidaklah dibacakan kepada beliau (sebab dikhuatiri beliau pengsan).
Imaam Al-Baihaqi dalam kitabnya 'Syu'ab Al-iimaan', menulis: Adalah 'Ali B. Fudhail tidaklah sanggup membaca Al-Quran (tanpa menangis atau pengsan). Kerana itu beliau pernah berkata kepada bapanya: "Wahai ayah, pohonlah pada Allah agar hamba sanggup mengkhatami Al-Quran sekali sahaja".
Selanjutnya Ibrahim B. Basyaar menceritakan 'Ali membacakan surah Al-An'aam dan bila sampai kepada ayat:
"Dan (amatlah dahsyat) seandainya kamu melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata: "(Alangkah baiknya) kiranya kami dikembalikan (ke dunia), dan agar kami tidak lagi mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta jadilah kami orang-orang yang beriman."
(Al-An'aam: 27)
Maka beliau tersungkur pengsan lalu menghembuskan nafas. Saya adalah orang yang turut bersalat ke atas jenazahnya." (Ruj: Siyar A'laam An-Nubalaa')
Wallahu'alam
Alhamdulillah,
From our library: MARI MEMBACA AL-QURAN DENGAN MENANGIS
Alih bahasa: 'Abdullah Al-Qari bin Haji Sallaeh
Naskhah asal: Al-Adiib 'Abdullah B. Ibrahim Al-Laahiidaan
Al-Hidayah Publications, Kuala Lumpur
ISBN 983-9188-64-X
RM 5
No comments:
Post a Comment