Bismillahirrahmannirrahim
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah:26)
Diriwayatkan daripadaAbu Hurairah r.a bahawa Abdul Rahman bin Shakhr r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: "Apa pun yang saya larang kamu lakukan, maka jauhilah; dan apa pun yang saya perintahkan kamu lakukan, maka kerjakanlah sekadar kemampuan. Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adlah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka (tidak taat dan patuh).
[Riwayat al-Bukhari, no. 6777 dan Muslim, no. 1337]
Hadis ini terdapat dalam Kitab Muslim daripada Abu Hurairah, dia berkata: 'Wahai manusia, Allah telah mewajibkan kepada kamu haji,kerana itu berhajilah.'
Al-Aqra' bin Habis r.a. bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah setiap tahun?' Baginda diam, sampai al-Aqra', bertanya tiga kali, lalu Nabi SAW menjawab: 'Kalau akuk katakan ya, nescaya menjadi wajib sedangkan kamu tidak sanggup melakukannya.'
Kemudian Baginda bersabda: 'Biarlah aku dengan apa yang aku diamkan, kerana kehancuran umat-umat sebelum kamu adlah kerana banyak bertanya dan embangkang nabi-nabi mereka. Maka jika aku perintahkan melakukan sesuatu, kerjakanlah menurut kemampuan kamu, tetapi jika aku melarang kamu melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah.'
Dari Buku: HADIS 40 IMAM NAWAWI (Bergambar dan Grafik Warna Penuh)
Penulis: Zahazan Mohamed dan Muhammad Zakaria
Terbitan: Telaga Biru Sdn. Bhd
Harga: RM23.00
Alhamdulillah..........