Thursday, September 26, 2013

Baca AL-QURAN dengan menangis......

IN THE NAME OF ALLAH, THE COMPASSIONATE, 
THE MOST MERCIFUL

Allah and His Angels send blessings on the Prophet, O you who believe! send your blessings on him, and salute him with all respect   ( al-Ahzab 33:56)

O Allah, send blessings upon Muhammad, and his family, as You blessed Ibrahim and the family of Ibrahim, you art indeed Praiseworthy and Glorious





Al-Fudhail B. 'IYaadh dan anaknya 'Ali

Muhammad B. Naajiyah pula menceritakan: 

"Saya telah bersembahyang di belakang Al-Fudhail, maka beliau membacakan surah Al-Haaqqah (Hari Kiamat). Maka di kala sampai pada firman Allah Ta'ala:

 "Tangkaplah dia lalu belenggukan tangannya ke lehernya." (Al-Haaqqah:30)

Beliau tertangis dan anaknya 'Ali turut tersungkur pengsan. (Ruju: Siyar A'laam An-Nubalaa' (8:444))



Di samping itu Bakr B. 'Iyaasy memberitakan: "Saya telah bersalat Maghrib di belakang Al-Fudhail; sedang anaknya 'Ali berada di samping saya. Beliau membacakan surah At-Takaathur. Maka di kala beliau membacakan ayat:

"Nanti benar-benar kamu akan melihat Neraka Jahiim." 
(At-Takaathur: 6)


Tiba-tiba Fudhail tersembam dalam keadaan pengsan.




Abu Sulaiman Ad-Daaraani pula berkata: ''Ali b. Al-Fudhail tidaklah sanggup membacakan surah Al-Qaari'ah dan surah ini tidaklah dibacakan kepada beliau (sebab dikhuatiri beliau pengsan).

Imaam Al-Baihaqi dalam kitabnya 'Syu'ab Al-iimaan',  menulis: Adalah 'Ali B. Fudhail tidaklah sanggup membaca Al-Quran (tanpa menangis atau pengsan). Kerana itu beliau pernah berkata kepada bapanya: "Wahai ayah, pohonlah pada Allah agar hamba sanggup mengkhatami Al-Quran sekali sahaja".

Selanjutnya Ibrahim B. Basyaar menceritakan 'Ali membacakan surah Al-An'aam dan bila sampai kepada ayat:

"Dan (amatlah dahsyat) seandainya kamu melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata: "(Alangkah baiknya) kiranya kami dikembalikan (ke dunia), dan agar kami tidak lagi mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta jadilah kami orang-orang yang beriman." 
(Al-An'aam: 27)

Maka beliau tersungkur pengsan lalu menghembuskan nafas. Saya adalah orang yang turut bersalat ke atas jenazahnya." (Ruj: Siyar A'laam An-Nubalaa')

Wallahu'alam



Alhamdulillah,

From our library: MARI MEMBACA AL-QURAN DENGAN MENANGIS
                             Alih bahasa: 'Abdullah Al-Qari bin Haji Sallaeh
                             Naskhah asal: Al-Adiib 'Abdullah B. Ibrahim Al-Laahiidaan
                             Al-Hidayah Publications, Kuala Lumpur
                             ISBN 983-9188-64-X
                             RM 5