Monday, June 23, 2014

YUNUS (AS) KELUAR DARI PERUT IKAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BAGINDA MUHAMMAD SAW SERTA KELUARGANYA


Manama city, Bahrain


Yunus (as) keluar dari perut ikan

Ibnu Jarir menyatakan sebuah riwayat dalam tafsirnya yang diperoleh dari 'Abdullah bin Raafie', pembantu Ummu Salamah. beliau berkata bahawa dia pernah mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah (saw) bersabda. "Ketika Allah hendak menahan Yunus dalam perut ikan, maka Allah mengirim wahyu keoada ikan itu. (Wahyu itu mengatakan): "Telanlah dia tetapi jangan melumatkan daging dan tidak meremukkan tulangnya".

Ketika Yunus (as) dibawa ikan hingga ke dasar laut, beliau mendengar berbisiknya sesuatu. Beliau bertanya pada diri sendiri: "Apa ini?" Ketika itu juga Allah mengirimkan wahyu kepadanya, mengatakan bahawa dirinya sedang berada dalam perut ikan. Dan suara itu adalah suara tasbihnya ikan-ikan di laut. Maka, dalam perut ikan itu, beliau pula bertasbih.

Malaikat mendengar suara tasbih Yunus (as). mereka berkata: "Wahai Tuhan Kami, sesungguhnya kami mendengar suara yang amat lemah (perlahan) dari dasar bumi."

Allah (swt) menjawab: "Itu suara hamba-Ku, Yunus. Dia bermaksiat kepada-Ku. Maka dia Aku hukum di dala perut ikan di dalam laut.

Para Malaikat berkata: "Hamba yang soleh itu, yang amal solehnya dibawa naik kepada-Mu setiap hari dan malam?".

Allah (swt) menjawab: "Ya" maka ketika itu juga para malaikat memohon syafaat daripada-Nya. Allah memerintahkan ikan itu melepaskan Yunus (as) di sebuah pantai. Sebagaimana dituturkan Allah (swt): "Dia dalam keadaan sakit".

Ibnu Abu Hatim didalam tafsirnya menyatakan sebuah riwayat yang diterima dari Abdullah Ahmad bin Abdurrahman, dari Wahab dari pakciknya, dari Abu Shukhr, bahawa Yazid bin Ruqosyi mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah (saw). baginda berkata: "Ketika Yunus (as) mulai berdoa menggunakan doa in ididalam perut ikan:


Allaahumma laa ilaaha illa anta subhaa-naka innii kuntu minazh-zhoolimiin

Wahai Allah, tiada Tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau. Sesungguhnya aku benar-benar termasuk orang yang zalim


Maka, doanya diterima oleh Allah di bawah Arasy". Seterusnya baginda menceritakan dialog antara Allah (swt) dengan para malaikat.

Para Malaikat berkata: "Wahai Tuhan, ada suara yang lemah sekali terdengar dari dasar bumi".
Allah (swt) berkata: "Kamu kenal suara itu?"
Mereka menjawab:: "Tidak, wahai Tuhan, suara siapa itu?"
Allah (swt) menjawab: "Itu suara hamba-Ku, Yunus".
Para malaikat berkata: "Yunus adalah salah seorang hamba-Mu yang amal solehnya tidak henti-henti dibawa naik dan dikabulkan doa-doanya. Wahai Tuhan, apakah Engkau tidak menyayangi apa yang diperbuatnya sewaktu dalam keadaan gembira, Lalu Engkau menyelamatkannya dari cubaan?"

Allah menjawab: "Ya". Maka Allah memerintahkan ikan besar itu untuk memuntahkan Yunus (as) di sebuah pantai. Riwayat disampaikan oleh Ibnu Jarir dari Yunus dari Wahab.

Ibnu Abu Hatim menambah bahawa Abu Shukhr Hamid bin Ziyad berkata bahawa dia menerima keterangan dari Ibnu Qosith yang didengar dari Abu Hurairah, beliau berkata bahawa Yunus (as) dimuntahkan oleh ikan di tepi pantai. Pada ketika yang sama, Allah (swt) menumbuhkan pohon yaqthen (tanaman jenis labu yang tidak berduri). Kami bertanya: "Hai Abu Hurairah, apakah pohon yaqthen itu?" Beliau menjawab: Itu adalah nama lain bagi pohon labu."

Lebih lanjut, beliau berkata bahawa di tempat itu Allah (swt) juga mendatangkan seekor domba perah (bersusu) untuknya dan rumput-rumputan yang boleh dimakan. Setelah sedar, Yunus (as) memerah air susu domba itu dan memakan rerumputan yang tumbuh disekitarnya di setiap petang dan pagi.

Keterangan ayat yang ertinya: "Dan Kami lemparkan dia, di pantai" maksudnya tanah terbuka yang tidak ada tumbuh-tumbuhan sama sekali. "Dan dia dalam keadaan sakit" iaitu badannya lemah tidak bertenaga sama sekali.

Ibnu Mas'ud mengatakan bahawa ketika itu keadaan beliau bagaikan anak burung yang baru menetas, dan belum memiliki bulu. Menurut Ibnu Abbas, as-Sudaa dari  Ibnu Zaid, keadaan Yunus (as) ketika itu seperti bayi yang baru dilahirkan dari perut ibunya, tidak memiliki kekuatan apa-apa.

"Dan Kami tumbuhkan baginya sebuah pohon dari jenis yaqthen". Ibnu Mas'ud, Ibnu Abbas, Ikrimah, Mujahid dan Ulama lain mengatakan bahawa pohon itu diyakini sebagai sejenis labu.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa munculnya pohon labu itu bagi Yunus (as) membawa hikmah yang pelbagai. Antara lain, daunnya memberi keharuman yang segar, ia tidak dihinggapi lalat, buahnya dapat dimakan sejak putik hingga masak, mentah dan matangnya enak dimakan, termasuk bahagian kulit dan bijinya juga enak dimakan. Salah satu manfaat buah ini ia dapat memulihkan lemah urat saraf dan bahagian otak.



waiting for departure...

Alhmadulillah....
from our maktabah;

Kisah Para Nabi, Teladan Bagi Orang Berakal
karya asal: Qisosul Anbiyaa 'Ibratun li-Ulil Albaab
oleh : Abul Fidaa Ismail Bin katsir Al-Quraisy ( IBNU KATSIR)
ISBN: 983-077-653-0


Sunday, June 8, 2014

SELAWAT sebagai maskahwin Nabi Adam as kepada Hawa

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW BESERTA KELUARGANYA


kami di depan pintu Sa'ie,  manakala ibu kami dibelakang sedang pegang plastic bag.


Keutamaan Nabi Muhammad saw: 
Selawat sebagai maskahwin Nabi Adam as kepada Hawa


Wahab Ibnu Munabbih ra bercerita,

Saat Allah menciptakan Nabi Adam as serta menghembuskan roh ke tubuhnya, maka terbukalah kedua belah mata Nabi Adam as lalu terpandang olehnya pintu-pintu syurga yang sangat indah lagi mempesona, dan di sana termaktub tulisan yang berbunyi;

maksudnya: "Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah utusan Allah"

Mengetahui yang demikian Nabi Adam as, bertanya "Ya Allah, adakah Tuan memiliki makhluk lain yang lebih mulia dari hamba di sisi Tuan?"

Allah swt berfirman: "Benar, wahai Adam! dia adalah anak cucumu, dan dia adalah Nabi akhir zaman. Aku akan mengutusnya dengan membawa mukjizat yang besar, dialah semulia-mulia utusan, dan ummatnya adalah semulia-mulia ummat!"

Saat Allah swt menciptakan Hawa pula Nabi Adam as sangat terpikat dengannya, dan nafsunya berlonjak-lonjak mengiringinya lalu beliau berkata:

 "Ya Allah, kahwinkanlah hamba dengannya!"

Allah berfirman: "Boleh, tapi mana dia maskahwinnya?"

"Apakah maskahwinnya," tanya Nabi Adam.

"Bacalah selawat kepada Muhammad sebanyak seratus kali, maka Aku akan kahwinkan engkau dengan Hawa"

Maka, Nabi Adam membaca selawat seratus kali, dan dia pun dikahwinkan dengan Hawa.

in front of Safa.....


Alhamdulillah,
from our library....dan

Lanjutan kuliah yang disampaikan oleh Syeikh Abdullah Al-Jahaf al-Yamani
di Surau ahli Kisa, Keluarga Ribatul Qur'an, Yayasan Restu, Shah Alam

Judul asal: Mukhtashar Raudhur-Raiyahin
Terjemahan:Untaian Kisah Para Wali Allah
Karya: Allamah Al-Yafi'iy
disusun: Syed Ahmad Semait
1993
ISBN: 978-9971-77-311-3